Thursday, November 29, 2018

HASIL KAJIAN TEMU BUAL


Temu bual

Saya telah menemu bual dengan tiga orang guru yang sedang mengajar di sekolah rendah, saya telah mengemukakan satu soalan yang berkaitan dengan pengurusan alam pembelajaran di sekolah rendah. Soalan tersebut ialah “Bagaimanakah anda mengurus dan merancang alam pembelajaran dengan baik supaya dapat menarik perhatian para pelajar semasa sesi pembelajaran dijalankan?” 

Berikut adalah hasil temu bual dengan ketiga guru tersebut:-


GURU PERTAMA
Jantina: Perempuan
Subjek utama yang diajar: Sains
Lokasi Sekolah: SJK di Keningau, Sabah.
Tempoh mengajar: 9 tahun

Kaedah mengurus alam pembelajaran;-

Membahagikan kumpulan
ü  Kumpulan sederhana 3-6 orang supaya setiap ahli memegang peranan masing-masing   dan mudah untuk diperhatiankan.
ü  Murid yang berumur 6-12 lebih berminat untuk berbincang dan kerja secara  berkumpulan.

Banyakkan aktiviti luar
ü  Sesi pembelajaran hanya dalam bilik darjah agak membosankan.
ü  Murid akan menjadi teruja dan memberi perhatian yang tinggi berbanding dalam kelas.
ü Murid yang didedahkan dengan pengalaman yang sebenar akan lebih faham berbanding dengan murid murid yang hanya belajar secara teori semata-semata.

Melantik mereka menjadi ketua
ü  Melantik murid yang menghadapi masalah sikap sebagai ketua supaya mereka tahu kesukaran untuk mengawal seseorang atau sekumpulan.




GURU KEDUA
Jantina: Perempuan
Subjek utama yang diajar: Matematik
Lokasi Sekolah: SJK(C) di Keninagu, Sabah.
Tempoh mengajar: 12 tahun

Kaedah mengurus alam pembelajaran;-

Emosi haruslah sentiasa bertenang dan sabar
ü  Murid-murid antara umur 6-12 tahun sangat aktif, oleh itu untuk mengawal mereka haruslah mempunyai kesabaran yang baik.
ü  Murid yang suka buat bising merupakan murid yang mahukan perhatian. Boleh cuba untuk abaikan dan lama-lama murid itu akan sedar bahawa tiada siapa suka dan pedulikan perangainya yang sebegitu.

Memberikan ganjaran atau kepujian tertentu
ü  Guru boleh memberi ganjaran kepada murid jika mereka dapat mengawalkan suara   dan perangai mereka untuk setiap aktiviti.
ü  Peneguhan positif adalah seperti pujian atau memberikan hadiah-hadiah yang membuat murid gembira dan merangsang mereka untuk terus bersemangat dalam belajar.

Sikap yang tegas tapi bukan sifat yang garang.
ü  Sifat yang tegas akan membuatkan murid dapat membezakan antara yang mana betul dan salah. Manakala sifat yang garang akan menyebabkan murid-murid takut dan semakin tidak ingin belajar.
ü  Mereka akan memahami dan mematuhi peraturan semasa belajar.





GURU KETIGA
Jantina: Lelaki
Subjek utama yang diajar: Bahasa Melayu
Lokasi Sekolah: SJK Johor Baharu
Tempoh mengajar: 3 tahun

Kaedah mengurus alam pembelajaran;-

Cara mengajar yang kreatif
ü  Menggunakan cara nyanyi verbal supaya pelajar lebih senang memahami dan hafal.  
ü  Gunakan lagu popular seperti “Baby Shark”.
ü  Tidak bosan dan senang diingati

Mengadakan kuiz
ü  Membuat kuiz mudah dengan mereka, dapat lihat betapa gembiranya pelajar apabila mereka boleh jawab kuiz dengan betul semua atau hanya satu kesalahan. Beri hadiah untuk setiap kejayaan.

Menggunakan pelbagai medium yang berbeza
ü  Menggunakan kaedah menayangkan video untuk menarikkan perhatiaan secara part by part semasa sesi mengajar.
ü  Murid tidak akan merasa ngantuk dalam sesi pembelajaran




Kesimpulan temu bual
Melalui temu bual tersebut, saya dapat menyimpulkan bahawa anak murid yang berumur 6-12 tahun sangat aktif dan pembelajaran yang terlalu sistematik akan membosankan. Oleh itu, mengurus dan merancang alam pembelajaran untuk menarik perhatian murid-murid dalam sekolah rendah lebih kepada banyakkan aktiviti, medium belajar yang berbeza dan kreatif, pembelajaran yang senorok dan pengalaman yang dialami.


No comments:

Post a Comment