Tuesday, November 13, 2018

BAB 13 - PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Blog ini disediakan oleh- YONG YEE KYUN D20172080517 
TEORI- TEORI

Menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Selain itu, menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Dengan itu, pengurusan alam pembelajaran yang tidak membosankan dan menarik perhatian pelajar sangat penting untuk memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran dapat dicapaikan.

Untuk mencapai matlamat tersebut, guru telah memainkan peranan yang sangat penting untuk mengurus alam pembelajaran yang baik. Tugas seorang guru sebagai pengurus ialah megurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya membentuk suasana yang kondusif, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan, mengurus keadaan fizikal bilik darjah, mengurus bahan-bahan pembelajaran yang menarik perhatian pelajar dan sebagainya.


Klick link di bawah


HASIL KAJIAN TEMU BUAL - PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH (Bahagian 1)

NOTA KULIAH -  SOSIOLOGI PENDIDIKAN (Lec 1)
                             PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN (Lec 2)
                             PROSES SOSIALISASI (Lec 3)
                             KEPIMPINAN DAN ORGANISASI (Lec 4)
                             PENGURUSAN MURID (Lec 5)




No comments:

Post a Comment