Friday, November 30, 2018

SOSIOLOGI PENDIDIKAN (Lec 1)


SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Sosiologi merupakan sesuatu kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut. Sistematik dan saintifik sangat penting dalam pendidikan. Peranan pendidik dalam masyarakat dikenal pasti dari imaginasi sosiologi, pendidik perlu mahir bab sosiologi.



Tiga Teori Utama Sosialogi

Terdapat tiga 3 teori utama sosiologi pendidikan iaitu fungsionalisme, konflik dan interaksionisme simbolik.

Teori fungsionalisme berperanan untuk mengaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.

Teori konflik menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam stuktur masyarakat dari segi ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama.
Teori interaksionisme simbolik mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif iaitu bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.



Konsep Sosialisasi

Konsep sosialisasi merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan. Konsep ini mempelajari peranan, nilai dan status yang diperlukan oleh seseorang dalam institusi sosial. Teori sosialisasi mementingkan pemerolehan moral, perkembangan kemahiran social dan juga perkembangan kongnitif.
Tiga Jenis Sosialisasi

Sosialisasi Permulaan iaitu kanak-kanak belajar dari ahli keluarga.

Sosialisasi Sekunder iaitu belajar melalui agen sosialisasi seperti rakan, guru dan media.

Sosialisasi Semula iaitu mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada melalui perubahan suasana atau masyarakat.

Keluarga, agama, pendidikan, ekonomi dan politik merupakan factor yang melengkari sosialisasi.

No comments:

Post a Comment