Friday, November 30, 2018

PENGURUSAN MURID (Lec 5)


PENGURUSAN MURID

Tugas guru-guru dalam pengurusan murid ialah mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.

  • Pengurusan hasil kerja atau tugasan murid
  • Maklumbalas dan prosedur pemantauan
  • Pemantauan kerja murid “in progress” dan “long-range
  • Komunikasi tugasan dan keperluan tugasan



KESEDIAAN PELAJAR

Proses bagi seseorang itu bersedia untuk memperolehi sesustu pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan belajar juga bergantung kepada perkembangan dari segi mental, sikap, emosi dan fizikal.

  • Kesediaan kognitif – mental untuk berfikir
  • Kesediaan afektif – merujuk kepada sikap
  • Kesediaan psikomotor - penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal

Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar ialah dari segi pengalaman, kematangan mental, fizikal, emosi dan sosial.


MASALAH PERBEZAAN KESEDIAAN PELAJAR

Perbezaan minat dan Sikap -  Guru sukar untuk memilih isi kandungan dan bahan untuk mengajar

Perbezaan jantina – Membuat rancangan mengikut jantina.

Perbezaan perkembangan mental - Guru menghadapi masalah melayani murid mengikut perbezaan yang wujud.

Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal - Merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.

Perbezaan keyakinan diri – Murid-murid yang datang daripada latar belakang

Perbezaan dalam diri individu - Perancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan yang wujud dalam diri individu.




MEMOTIVASIKAN MURID
Memotivasikan murid akan mambantu murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai. Teknik intrinsik ialah dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. Motivasi bahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan negative. Peneguhan positif supaya pelajar mencapai matlamat yang ditetapkan. Peneguhan negative ialah mengelakkan tingkah laku negatif yang menghalang proses pembelajaran.


No comments:

Post a Comment