Friday, November 30, 2018

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI (Lec 4)


KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Kepimpinan bermaksud keupayaan untuk memimpin merangkumi kebolehan, pencapaian, kejayaan pemimpin dan sebagainya. Kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin.

Terdapat tujuh jenis gaya kepimpinan

Authokratik - hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin, arahan perlu dipatuhi

Demokratik - Menerima pendapat orang lain

Laissez-faire - Kurang unsur-unsur kawalan dan kurang mengambil bahagian

Kontegensi - Penyesuaian gaya kepim[inan megikut keperluan

Asertive - Meyakinkan orang dengan kekuatan kebolehan diri

Responsive - Mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak

Kontigensi - Percaya kepada diri sendiri




KEPIMPINAN PERINGKAT SEKOLAH

Pengetua
  • Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum                 
  • Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.  
  • Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar

Penolong Kanan Pentadbiran
  • Menyedia dan menyelaras jadual bertugas harian dan mingguan guru serta jadual waktu ganti guru.
  • Menyelia dan meyelaras aktiviti guru dan kelab guru
  • Menyelaras aktiviti P&P,aktiviti bulanan , peperiksaan, majlis dan upacara, kerja-kerja berkaitan bantuan kebajikan dan derma

Penolong Kanan HEM
  • Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan.
  • Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.
  • Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti dan semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

PK Ko Kurikulum
  • Merancang pembangunan ko kurikulum.

Guru Kanan Bidang
  • Mempengerusi mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran




KEPIMPINAN GURU 
Tidak hanya bertaggungjawab dan memainkan peranannya dalam batasan ruang lingkup bilik darjah.
  • Memiliki ilmu pengetahuan yang luas,mendalam dan terkini.
  • Cekap menggunakan segala sumber yang ada secara optimum.
  • Memiliki budaya jati diri.


No comments:

Post a Comment