Friday, November 30, 2018

PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN (Lec 2)


PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan dan pembelajaran sangat penting untuk guru, masyarakat serta negara dalam memahami konsep mengurus pembelajaran. Pengurusan dan pembelajaran penting dalam bidang guru oleh kerana ia dapat membeantu seseorang itu manambah pengetahuan, meningkat kecekapan dan meningkatkan mutu demi menjadi seorang guru yang dapat mengurus dengan cemerlang.



MAKNA PENGURUSAN MENURUT TOKOH-TOKOH

  • Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
  •  Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins, 1984).
  • Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).


Guru yang professional haruslah mampu menguasai dan mengurus pelbagai  jenis pengetahuan.




PENGURUSAN SEKOLAH

Sekolah merupakan tempat bagi kumpulan sasaran manusia- kanak-kanak dan remaja untuk perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial. Pengurusan Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Matlamat utama sekolah ialah untuk menjalankan proses pendidikan.



MATLAMAT PEMBELAJARAN

Matlamat penbelajaran ialah untuk didik dan latih. Pendidikan ialah seperti berikut:-

ü  Sistem perkembangan - intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.

ü  Proses - mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki

ü  Penambahan ilmu - menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan.

ü  Mendidik - tunjukajar, latihan dan indoktrinasi



Prinsip pengajaran ialah untuk merancang pengajaran supaya mengikut fasa dan turutan. Prinsip Pembelajaran ialah latihan supaya murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru. Faktor yang mempengaruhi kesediaan para belajar ialah kematangan fizikal, pengekalan perhatian, dorongan, social, persekitaran dan pengalaman yang sedia.

No comments:

Post a Comment