Persediaan Guru Sebelum Mengajar
- Metal - Sentiasa berfikir dengan kreatif untuk menarik minat pelajar dan membuat persediaan ilmu pengajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar.
- Fizikal - Memastikan situasi bilik darjah dalam keadaan teratur dan bersih.
- Bahan - Menggunakan bahan atau peralatan mengajar yang sesuai dan baik untuk menarik perhatian pelajar supaya suasana pembelajaran tidak jadi membosankan.
- Rancang - Merancang kurikulum, sukatan, buku teks, maklumat tambahan.
Ciri-Ciri Iklim Bilik Darjah
- Fizikal - Susunan meja dan kerusi yang sistematik, tidak padat. Pelbagai kemudahan telah disediakan.
- Emosi - Guru yang bernilai murni dan besifat peramah dan penyayang.
- Sosial - Sifat kerjasama antara pelajar dan sifat berkomunikasi antara pelajar dengan guru.
Suasana
kontributif dalam megendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
diwujudkan melalui kemahiran berkomunikasi yang baik antara pelajar dengan guru.
Kepentingan Pengurusan Alam Pembelajaran
- Memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar.
- Memastikan objektif pembelajaran dicapai.
- Memastikan pengajaran tidak membosankan.
- Memastikan minat pelajar untuk belajar ditarik.
Pengurusan murid yang baik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik. Guru yang
bersifat penyanyang dan bercakap dengan bersopan santun akan membina nilai
kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya.
Kesimpulanya,
pengurusan alam pembelajaran ini penting diurus dengan baik dan teliti oleh
para guru agar minat pelajar dapat sentiasa ditarik untuk belajar
bersungguh-sungguh dan mencapai kecermelangan dalam pembelajaran.
RUJUKAN
- sumber rujukan
No comments:
Post a Comment