Friday, November 30, 2018

PROSES SOSIALISASI (Lec 3)


PROSES SOSIALISASI

Tahap Persiapan Tahap Meniru Tahap Siap Bertindak Tahap Penerimaan Norma Kolektif

Kanak- kanak belajar daripada apa yang mereka alami. Agen sosialisasi terdiri daripada keluarga, guru, rakan, masyarakat dan agama.



INTERAKSI DALAM PROSES PEMBELAJARAN

Interaksi sosial membentuk reality dan manusia memainkan peranan yang sesuai mengikut situasi. Bagi interaksi di bilik darjah, hubungan murid dengan guru dilihat. Tiga aspek dilihat pengetahuan individu iaitu tentang kendiri, persepsi dan peranan.

PERANAN SEORANG GURU
  •  Memantau murid
  •  Mendidik murid
  • Fasilitator
  • Mentamadunkan murid

Guru haruslah boleh berkomunikasi berkesan dengan murid, dapat meyakinkan murid, sentiasa berfikir dengan positif, dapat bekerja secara progresif dan kreatif serta menjadi model yang diteladani oleh masyarakat.

Sifat- sifat guru yang harus ada untuk menjadi model insan ialah

ü  Imej yang bagus dari segi peribadi, pakaian, tindak balas dan kesihatan.
ü  Pengetahuan yang luas tentang hal ehwal semasa dan kebolehan menghasil pengajaran.
ü  Sifat kepimpinan sebagai fasilitator.
ü  Pencorak peribadi murid dari segi sikap, nilai dan akhlak.
ü  Emosi yang stabil ketika menghadapi masalah murid.
ü  Ejen social yang terlibat dengan aktiviti sukan dan hari perayaan dan dapat mewujudkan hubungan mesra.



BENTUK INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
  • Kumpulan yang terdiri daripada pelajar mengikut kesamaan kebolehan
  • Kumpulan yang terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan

Corak Interaksi Dalam Kumpulan

ü  Interaksi satu hala – satu ketua

ü  Interaksi dua hala – ketua kumpulan dengan ahli dan ahli dengan ahli kumpulan.

ü  Interaksi dua hala antara kumpulan- beberapa kumpulan kecil yang dibentuk dalam satu kumpulan besar.


PENGANIAYAAN SIMBOLIK

Penganiayaan: perbuatan menganiayai, penyeksaan, penindasan.
Simbolik: berkaitan dengan lambang

Penganiayaan simbolik berlaku apabila budaya kelas sosial atas lebih sesuai dalam amalan pendidikan di sekolah. Kelas atau kumpulan lebih rendah terpaksa berhadapan dengan penganiayaan simbolik kerana mereka kekurangan modal budaya.

No comments:

Post a Comment